Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat beberapa kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. Yaitu sebagai berikut :
1. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
2. Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
3. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
4. Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
5. Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
6. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
7. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
8. Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
9. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
10. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
11. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
12. Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
13. Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
14. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
15. Tidak menggunakan bahasa yang baik.
16. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
17. Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
18. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
19. Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
20. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
21. Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
22. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
23. Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
24. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
25. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
26. Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
27. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
28. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
29. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
30. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
31. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
32. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
33. Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.
Teknik mengajar anak menghormati and mengeratkan hubungan ibu bapaknya :
1. Jika si ibu memarahi anak, bapak dilarang membela anak sewaktu anak itu dimarahi. Begitu pula
sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak hilang rasa
hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.
2. Bapa dilarang membentak/mengherdik/bertengkar dengan Ibu di hadapan anak. Begitulah sebaliknya.
Anak itu akan meniru tindak tanduk ibu bapa.
3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak masak/makan bersama, makanan hasil tangan ibu ini dapat
mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
4. Ibu bapa harus makan bersama anak-anak.